KUALA LUMPUR 20 Mac - Kabinet telah membuat keputusan untuk menambah masa pembelajaran subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2011.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahan itu adalah selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) berikutan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Beliau memberitahu, bagi sekolah kebangsaan (SK), penambahan masa hanya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu dari 240 kepada 330 minit seminggu bagi tahap satu manakala tahap dua dari 210 kepada 300 minit seminggu.
Beliau berkata, bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK), penambahan masa melibatkan kedua-dua mata pelajaran itu.
''Bagi Bahasa Inggeris penambahan masa untuk tahap satu adalah dari 60 kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua dari 90 kepada 120 minit seminggu.
''Bagi Bahasa Malaysia pula, untuk tahap satu ditambah dari 270 kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua dari 180 kepada 270 minit seminggu,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa penambahan masa itu tidak akan menyebabkan sesi persekolahan dipanjangkan.
Katanya, pihak kementerian juga akan mengolah kurikulum supaya ia menjadi lebih kreatif bagi memastikan proses pembelajaran yang menyeronokkan.
"Ia tidak akan menyebabkan waktu persekolahan menjadi panjang kerana kita buat pengubahsuaian mana waktu kita (perlu) kurangkan dan mana waktu yang kita (perlu) tambah," katanya.
sumber : utusan malaysia online
Anda Pelawat Ke:
Demi Masa



Waktu Solat
|
|
Label
- Doa (1)
- Iklan (1)
- Info (1)
- Keratan Akhbar (2)
- Pedoman (11)
- Penghargaan (2)
- Pengumuman (2)
- Pertandingan (1)
- Program Sekolah (7)
- Salam Ramadhan (1)
- Sejarah (1)
- Ucapan (1)
- Umum (1)
Arkib Blog
Berita Online
Cuaca
Ahad, 21 Mac 2010
Masa BM, BI Ditambah 2011
Labels: Keratan AkhbarAhad, 28 Jun 2009
Arahan hormat lagu Negaraku
Labels: Keratan AkhbarKUALA LUMPUR 27 Jun - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menempatkan pegawai-pegawainya pada majlis rasmi kerajaan bagi memastikan hadirin termasuk petugas media menghormati lagu Negaraku ketika dimainkan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu membolehkan mereka bertindak menghalang petugas media seperti jurugambar daripada berjalan-jalan sambil memetik kamera mereka.
Menurutnya, jika masih terdapat pihak yang ingkar selepas ini, para pegawai kementerian terlibat akan memastikan mereka meninggalkan majlis itu.
Jelas beliau, walaupun masyarakat dan petugas media telah diingatkan sebelum ini mengenai perkara tersebut, namun pihaknya mendapati masih ada segelintir daripada mereka tidak mematuhi serta menghormati lagu kebangsaan itu.
"Di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura, mereka tidak buat begitu, mereka menghormati lagu kebangsaan mereka," katanyaselepas menghadiri pelancaran logo serta lagu 1Malaysia dan program senam seni Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Sumber: Utusan Online
Hadis Pilihan
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (H.Riwayat Al-Bukhari)
Profil

- Ustaz Ahmad Bakri
- Guru zaman demi zaman engkau membentuk penghidupan anak-anak yang terus-menerus mengharapkan engkau adalah segalanya.