Buku Pelawat

Khamis, 31 Disember 2009

Gerhana Bulan Separa Dijangka Jumaat Ini

. Khamis, 31 Disember 2009
0 comments

PUTRAJAYA, Dis 30 – Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

“Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

“Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,” kata Jakim. – Bernama

Read More »»

Jumaat, 11 September 2009

Tuntutan Dalam Bulan Ramadhan

. Jumaat, 11 September 2009
0 comments

EMPAT TUNTUTAN

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.





Selamat beribadat dan wassalam.

Read More »»

Ahad, 30 Ogos 2009

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

. Ahad, 30 Ogos 2009
0 comments

Alhamdulillah, syukur ke hadarat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk kita berpuasa pada tahun ini. Pada hari ini 30 Ogos 2009 bersamaan 09 Ramadhan 1430H, dalam sedar atau tidak sedar umat Islam di Malaysia telah Sembilan hari berpuasa.

Namun dalam keghairahan berpuasa kadang-kadang kita lupa dan alpha terhadap beberapa perkara yang mungkin boleh membatalkan puasa kita. Oleh hal yang demikian, sebagai peringatan buat kaum muslimin sekalian di bawah ini dinyatakan beberapa perkara yang membatalkan puasa sebagai peringatan dan renungan untuk kita semua agar puasa kita diterima oleh Allah s.w.t.

1. Jimak .

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA katanya : Telah datang seorang lelaki berjumpa Nabi SAW lalu berkata : Binasalah saya wahai Rasulullah ! Nabi bertanya : Apa yang membinasakan kamu ? Katanya saya telah menyetubuhi isteri saya pada siang hari bulan Ramadhan. Nabi bertanya : Adakah kamu sanggup memerdekakan seorang hamba ? Jawabnya : Tidak. Tanya Nabi lagi : Adakah kamu sanggup puasa dua bulan berturut-turut ? Jawabnya : Tidak . Tanya Nabi lagi : Adakah kamu sanggup memberi makan enam puluh orang miskin ? Jawabnya juga tidak. Kata Abu Hurairah : Kemudian Nabi duduk, lalu dibawa datang sekarung buah tamar, dan Nabi bersabda : Ambillah ini dan sedekahkan. Maka lelaki itu bertanya : Adakah kepada orang yang lebih miskin daripada saya wahai Rasulullah ? Demi Allah ! Tidak ada di Madinah ini orang yang lebih berhajat / lebih miskin daripada saya ! Maka Nabi tergelak sehingga nampak gigi siungnya. Kemudian baginda bersabda : Pergilah, dan berilah makan kepada ahlimu.

(Dari hadis riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Maksud dari riwayat di atas : Bahawa seseorang yang bersetubuh dengan isterinya pada siang hari Ramadhan dengan sengaja dan mengetahui haramnya wajiblah atasnya kafarah, iaitu memerdekakan seorang hamba, dan kalau tak kuasa / tak ada, wajib atasnya puasa dua bulan berturut-turut. Kalau tidak kuasa, maka wajib atasnya memberi makan enam puluh orang miskin, secupak bagi tiap-tiap seorang. Adapun perempuan yang disetubuhinya itu tidak terkena kafarah atasnya, mengikut faham mazhab Syafie dan Auza'ie , tetapi pada fahaman mazhab-mazhab yang lain : Wajib atas perempuan itu kafarah, kerana ia menyertai sama perbuatan jimak.

Mengikut mazhab Syafie, hanya perbuatan jimak sahaja yang mewajibkan kafarah, tetapi imam Malik dan Abu Hanifah berkata : Orang yang berbuka puasa dengan sengaja makan / minum, wajib (dikenakan) kafarah seperti batal puasa dengan persetubuhan.

2. Makan Minum

Ertinya : Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, sabdanya : Sesiapa berbuka sehari dari Ramadhan dengan tiada keuzuran yang dibenarkan Allah baginya, maka tidak ada ganti baginya (untuk mendapatkan pahala yang begitu besar yang telah luput itu) dengan puasa setahun, sekalipun ia sanggup berpuasa sepanjang tahun itu.

Mengikut faham Jumhur (termasuk As-Syafie) orang yang sengaja berbuka ini, wajib atasnya Qada' dan tidak wajib kafarah. Dalam mazhab Malik dan Hanafi : Wajib kafarah. Dan sepakat imam-imam bahawa berbuka dengan sengaja tanpa keuzuran adalah haram.

Perhatian :

i . Makan / Minum kerana terlupa, tidak membatalkan puasa.

Sabda Nabi SAW :

مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ, فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ, فَلْيُتِمّ صَوْمَهُ. فَإِنّمَا أَطْعَمَهُ اللّهُ وَسَقَاهُ

Ertinya : Sesiapa yang terlupa, sedang ia berpuasa, lalu ia makan atau minum, maka hendaklah ia teruskan puasanya. Sebenarnya Allah yang memberinya makan dan minum.

ii. Jika ia makan dan minum kerana disangkakan telah maghrib, tetapi ternyata belum lagi maghrib, nescaya batal puasanya dan wajib Qadha' .

Dari Asma' Bt. Abi Bakar RA katanya : Kami telah berbuka di masa Nabi SAW pada hari redup (kerana menyangka telah maghrib), kemudian kelihatan matahari masih ada, lalu ditanya orang yang meriwayatkan hadis ini (Hisyam) : Adakah mereka telah disuruh Qadha' ? Maka katanya : Ya, Mesti Qadha'.

(Riwayat Al-Bukhari)

iii. Berdasarkan riwayat ini, imam empat sependapat mengatakan : Sesiapa yang menyangka telah maghrib lalu berbuka, kemudian ternyata belum maghrib, wajib ia berhenti dari makannya kerana menghormati waktu puasa dan wajib atasnya Qadha' kerana puasanya telah batal, dan tidak ada kafarah ke atasnya. Begitu juga orang yang makan kerana menyangka belum subuh lagi, kemudian ternyata siang telah menjelang, maka wajiblah ia menahan diri dari yang membatalkan puasanya sepanjang hari dan wajib atasnya Qadha' kerana puasanya telah rosak.

Termasuk dalam makan minum yang membatalkan puasa ialah :

Sampainya sesuatu ke dalam rongga badan (perut) dengan sengaja, melalui pilihan sendiri dan tahu ... dan sampainya ke dalam rongga / perut melalui saluran masuk yang biasa di tubuh yang dikira oleh syarak, seperti mulut, hidung dan telinga, termasuklah :

iv. Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya. Dan menghisap (nusyuk) melalui hidung.

v. Suntikan melalui dubur, manakala suntikan di kulit atau urat darah, tidak membatalkan puasa kerana ianya tidak masuk ke dalam rongga perut dan tidak melalui saluran biasa. Tetapi lebih baik, jika ada kemudahan , suntikan dilakukan selepas waktu berbuka.

iv. Suntikan makanan atau menambah vitamin adalah membatalkan puasa.

vii. Menelan sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi. Sedang ia boleh membezanya dan boleh membuangnya, adalah membatalkan. Begitu juga tertelan air kerana berkumur-kumur atau istinsyak (menghisap air ke hidung) yang melebihi kerana termasuk dalam sengaja.

viii. Menelan liur, tertelan lalat dengan tidak sengaja, tertelan debu jalan, asap kayu dan lain-lain jenis asap / gas yang tidak boleh dielak adalah tidak membatalkan.

3. Muntah dengan sengaja

Membatalkan, kerana sabda Nabi SAW :

مَنِ اسْتَقَاءَ, فَعَلَيْهِ الْقَضَاءُ

Yakni : Sesiapa muntah dengan sengaja hendaklah ia qadha' puasanya. Adapun muntah dengan tidak sengaja, maka tidaklah rosak puasanya. Mengeluarkan balgham (kahak) dari dalam dan membuangnya keluar juga tidak merosakkan puasa.

4. Keluar mani dengan sengaja

Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya, atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya adalah membatalkan puasa, tetapi jika keluar kerana bermimpi tidak membatalkan.

Read More »»

Khamis, 27 Ogos 2009

Ibadat Puasa Ramadhan Menjana Keperibadian Mukmin

. Khamis, 27 Ogos 2009
0 comments

Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh oleh setiap orang yang beriman. Bulan yang disebut oleh Rasulullah sebagai ‘bulan umatku’, satu-satunya umat yang dikurniakan dengan bulan mulia dalam sejarah kewujudan manusia. Kaum nabi terdahulu tidak pernah dikurnia Allah dengan mana-mana bulan mulia. Bukan saja Ramadan itu, mengandungi seribu rahmat, malah menunggu-nunggu datangnya pun adalah rahmat Ilahi. Ini seperti sabda Rasulullah, maksudnya: “Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Sebagai mana pintu syurga dibuka pada Ramadan, pintu keberkatan, kebaikan, pintu kasih-sayang, kemaafan, hidayah dan petunjuk juga terbuka. Pintu neraka tertutup rapat, sebagaimana jalan ke neraka juga tersekat. Jalan ke syurga terbentang luas, hingga Rasulullah sendiri menjelaskan dalam sabdanya: “Tidur orang yang berpuasa pada bulan puasa adalah ibadat, diamnya adalah tasbih, manakala ibadatnya dilipatgandakan pahalanya oleh Allah.”

Ramadan adalah bulan kerehatan dan kelapangan daripada segala hiruk pikuk dan kesibukan dunia. Bulan kita berhenti sebentar daripada keserabutan kejar-mengejar di pentas dunia, untuk melihat ke dalam diri sendiri terhadap cebis iman yang masih tinggal serta dosa pahala yang pernah diperbuat selama setahun. Justeru, kita dianjurkan agar meningkatkan keimanan. Keempat-empat komponen kewujudan manusia hendaklah diperkukuhkan dengan neraca iman. Tubuh badan bertambah taat, roh makin bercahaya, akal penuh bijaksana dan nafsu bak air tasik tenang tidak berkocak.

Berhenti sebentar berfikir dengan rasional status perhubungan kita dengan Allah selama ini, ketaatan kepada Rasulullah serta apa yang dibuat untuk agama, bangsa, negara, ibu bapa, keluarga, jiran tetangga dan diri sendiri? Rasulullah bersabda: “Sesiapa saja yang berpuasa pada Ramadan dengan penuh iman dan menghisab diri sendiri akan diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Begitu juga pada malam Ramadan, peluang terbuka luas untuk menghidupkan malamnya dengan mendirikan solat Tarawih, Saidina Abu Hurairah ada menjelaskan bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Muslim).


Ramadan walaupun bulan kerehatan, ia bukanlah bulan untuk bermalas-malasan, menjadikan orang Islam tidak produktif atau menjadikan alasan berpuasa untuk tidak membereskan sebarang pekerjaan. Sepatutnya pada Ramadan, umat Islam bertambah cergas, kuat kerja, aktif dan lebih kuat semangat. Ini kerana setiap tanggungjawab yang dibereskan pasti mendapat ganjaran berlipat ganda.
Selain itu kefarduan puasa Ramadan adalah untuk menjana suatu natijah peribadi terpuji dan seterusnya mencapai kemuncak darjat ketaqwaan yang sebenar kepada Allah Taala. Dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: ``Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada-Nya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.''
Ramadan adalah bulan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat bagi setiap umat Islam yang ingin mencapai hasrat tersebut.Ini kerana dengan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat sahajalah, maka akan lebih mudah proses taqarrub seseorang untuk berserah diri kepada Allah Taala dalam banyak hal yang lain. Dengan itu juga akan lebih mudah pula seseorang mukmin itu membezakan sesuatu yang hak dan batil.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: ``Umatku diberikan oleh Allah setiap Ramadan perkara yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, iaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Malaikat memohon ampun untuk orang yang berpuasa hingga waktu berbuka. Syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak bebas seperti biasa.''
Bertitik tolak daripada itu, setiap umat Islam digalakkan menyimpan niat untuk menjalani ibadat puasa setiap hari pada bulan Ramadan sebagai manifestasi untuk melaksanakannya mengikut apa yang dikehendaki oleh syarak.
Puasa adalah suatu ibadat tazkiyah al-nafs, iaitu proses penyucian jiwa dan nurani daripada segala penyakit rohani yang boleh mengkerdilkan kesempurnaan ibadat seseorang. Melalui ibadat puasalah diharapkan akan lahir sifat-sifat terpuji seperti amanah dan jujur dengan diri sendiri, bertanggungjawab, bertaqwa dan sabar.
Apa jua kesederhanaan dan sedikit kekuatan yang dituntut sepanjang menjalani ibadat puasa ini, mencerminkan ibadat puasa adalah bersifat sosial yang dikatakan boleh menjana deria keprihatinan dan keinsafan terhadap nasib umat Islam yang kurang bernasib baik.
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram. Jauhilah daripada suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.'' (Riwayat Bukhari).
Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah s.a.w. ini dapat kita laksanakan dengan syumul, perkara utama yang harus didahulukan adalah menyiapkan diri untuk memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan bernilai sepanjang berada dalam bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini. di antaranya ialah:
- Menjaga ibadat puasa daripada terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga anggota badan.
- Banyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang dibaca.
- Mengurangkan tidur pada siang hari bulan Ramadan.
- Beriktikaf dalam masjid terutamanya pada sepuluh malam terakhir Ramadan
- Memperbanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan jiwa manusia daripada sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam.
- Jangan terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan.
Melihat kepada betapa besarnya fadilat yang bakal diperoleh semua umat Muslimin pada sepanjang bulan yang barakah ini, Rasulullah s.a.w. telah memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadan melalui satu khutbah baginda iaitu:
``Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan di mana Allah telah menjadikan puasa adalah kefarduan dan qiyam pada malamnya adalah satu tambahan. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardu pada bulan yang lain. Bulan Ramadan adalah bulan untuk memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan daripada api neraka.''
Secara jelasnya menikmati kehadiran Ramadan dan fadilat yang terselindung di sebalik tabir kemunculannya menjadi tumpuan setiap umat Islam yang sentiasa mendambakan keberkatan dan pahala yang berlipat ganda daripada Allah Taala.
Usah jadikan Ramadan sebagai bulan untuk berlumba-lumba menyajikan makanan yang pelbagai sehingga melakukan pembaziran atau menjadikan alasan berpuasa di dalam bulan Ramadan untuk menjadi umat Islam yang rendah produktiviti dan tiada natijah penghidupan kerana keletihan berpuasa.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Apabila datangnya malam pertama Ramadan, diikatlah segala jin dan syaitan yang jahat serta ditutup pula pintu neraka, dan tiada dibuka walaupun satu pintu neraka. Akan dibuka pintu syurga. Pada setiap malam akan ada malaikat yang menyeru ``Wahai manusia yang inginkan kebaikan, bersegeralah kamu. Wahai manusia yang inginkan kejahatan, berhentilah kamu...''

Disediakan Oleh:Ustaz Haji Mohd. Nawi Bin Haji Ismail

Read More »»

Isnin, 24 Ogos 2009

Adab Berpuasa Dan Solat Terawih

. Isnin, 24 Ogos 2009
0 comments

Adab berpuasa dan solat terawih

Oleh NAZMI AIDARUS

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

- NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Read More »»

Jumaat, 21 Ogos 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak Dan Selamat Berpuasa

. Jumaat, 21 Ogos 2009
0 comments

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah : 183)"

Berpuasa pada bulan ramadhhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam.Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.

Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu. Manakala puasa dari segi istilah syarak pula bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan pusa bermula daripada terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari yang di sertakan dengan niat . Puasa juga merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadhan.

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

  1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, seperti khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk beramal sebanyak-banyaknya dan beribadah di bulan mulia dan barakah. Bersyukur, kehadrat allah. Peluang ini tidak dilepaskan untuk memohon keampunan, mensyukuri dan menikmati ibadah sebenar sebagai seorang yang beragama islam.

Akhir sekali dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan blog dan pembaca setia dan tidak setia blog ini jika ada kesalahan yang berbentuk verbal atau penulisan.Semoga puasa kita mendapat keberkatan dari Allah s.w.t...Sekian.

Read More »»

Sabtu, 8 Ogos 2009

25 pesanan Luqmanul Hakim

. Sabtu, 8 Ogos 2009
0 comments

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Read More »»

Rabu, 29 Julai 2009

Doa Untuk Jauhi Wabak H1N1

. Rabu, 29 Julai 2009
0 comments


Read More »»

Isnin, 20 Julai 2009

Peristiwa Isra' Dan Mikraj

. Isnin, 20 Julai 2009
0 comments

Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat.
Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali.
Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”(Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”(Q.S. An-Najm: 13-18).

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam.
Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah.
Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.

Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.

Read More »»

Sabtu, 11 Julai 2009

Zikir Pengubat Jiwa

. Sabtu, 11 Julai 2009
0 comments

HATI adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati bersih iman kekal di dalamnya. Iman tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Iman hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkan-lah hati selalu. Cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup ialah:


Selalu mengingati (zikir) Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang  sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi. www

Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yangterbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati. www.familiazam.com

Read More »»

Ahad, 28 Jun 2009

Arahan hormat lagu Negaraku

. Ahad, 28 Jun 2009
0 comments

KUALA LUMPUR 27 Jun - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menempatkan pegawai-pegawainya pada majlis rasmi kerajaan bagi memastikan hadirin termasuk petugas media menghormati lagu Negaraku ketika dimainkan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu membolehkan mereka bertindak menghalang petugas media seperti jurugambar daripada berjalan-jalan sambil memetik kamera mereka.

Menurutnya, jika masih terdapat pihak yang ingkar selepas ini, para pegawai kementerian terlibat akan memastikan mereka meninggalkan majlis itu.
Jelas beliau, walaupun masyarakat dan petugas media telah diingatkan sebelum ini mengenai perkara tersebut, namun pihaknya mendapati masih ada segelintir daripada mereka tidak mematuhi serta menghormati lagu kebangsaan itu.

"Di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura, mereka tidak buat begitu, mereka menghormati lagu kebangsaan mereka," katanyaselepas menghadiri pelancaran logo serta lagu 1Malaysia dan program senam seni Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online

Read More »»

Fenomena Cuaca ... El Nino

.
0 comments

Apakah El Nino ?

Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang diperhatikan ini dipanggil El Nino. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya lembap dialami.

Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya. El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.

Maklumat lanjut Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa mengemaskini ramalan cuaca bermusim di dalam laman web di http://www.met.gov.my Jabatan boleh dihubungi di 03-79678000.

Read More »»

Sabtu, 27 Jun 2009

Tanda-Tanda Kebahagian Dan Keberuntungan

. Sabtu, 27 Jun 2009
0 comments

Pertama: setiap ilmunya bertambah, bertambahlah tawadhu' dan kasih sayangnya.

Kedua: setiap amalnya bertambah, bertambahlah pula rasa takut dan berhati-hatinya.

Ketiga: setiap kali umurnya bertambah, berkuranglah ketamakan dan kerakusannya.

Keempat: setiap hartanya bertambah, bertambah pula kedermawan dan pengorbanannya.

Kelima: setiap kali kedudukannya bertambah, bertambah pula kedekatannya kepada sesama manusia, memenuhi keperluan mereka dan rendah hati terhadap manusia.

(Al Fawaid, Ibnu Qayyim AlJauziyah)

Read More »»

Selasa, 9 Jun 2009

Demi Mu Sebuah Persahabatan...

. Selasa, 9 Jun 2009
0 comments

Selagi hati boleh memaafkan, maka maafkanlah…Allah sayangkan orang yg memberikan kemaafan walau dipinta, yg berterima kasih walau dia yg memberi…
Memulakan usaha murni ke arah pengukuhan semula sebuah silaturrahim adalah tindakan yg terpuji..Apatah lagi jika ia merupakan hubungan suci yang diikat atas nama Allah… Kalau telah memulakan untuk kali pertama, mengapa tidak kali kedua? Andai telah masuk kali ketiga, tiada salahnya memulakan kali yg keempat…

Kesabaran adalah kemenangan…
Ada ketikanya kita perlu memulakan. Biarlah kita beralah apatah lagi demi sebuah perhubungan yang suci. Beralah bukan bererti kita salah atau kalah. Sebaliknya kita adalah org yang menang kerana berjaya menjernihkan keadaan.

Read More »»

Isnin, 8 Jun 2009

Selamat Bercuti

. Isnin, 8 Jun 2009
0 comments

Buat guru-guru,pelajar SMK Padang Berampah Sipitang, selamat pulang ke kg halaman dan selamat pengantin baru kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Alhamdulillah, exam dah habis, dan cuti sekolah bermula tapi ingat cuti pergi sekolah saje, bukan cuti jadi cikgu…seperti yang semua tahu, bukan setiap kali cuti, guru dapat bercuti… dah tersedia senarai panjang kerja-kerja yang nak disiapkan sepanjang cuti ni.

Pada guru-guru yang dah siap kerja tu, baguslah. Kadang-kadang ada orang kata banyak kerja ke?. setiap guru ada tugasannya sendiri. Lain guru, lain tugasannya.. memang lah kerja utamanya mengajar, tapi, tanggungjawab lain yang diberikan berbeza.Contohnya, guru pendidikan islam sibuk dengan PAFA, guru sains pula sibuk dengan PEKA nya, guru P.Moral, Sejarah, Geografi sibuk dengan folionya dan juga guru-guru yang mengajar tingkatan 3 dan 5, sibuk dengan peperiksaannya.Tugas guru biasiswa pula (kerja sepanjang zaman) dan bermacam-macam lagi lah… bergantung kepada banyak mana jawatan yang dipegang di sekolah.Pokoknya, setiap guru tu memang tak sama tugasnya. Jadi, janganlah anggap kalau seorang cikgu free dan relax, cikgu lain juga begitu….

Jangan lupa sesi persekolahan akan dibuka semula pada 15 Jun 2009.

Read More »»

Jumaat, 5 Jun 2009

Makanan Menurut Pandangan Islam

. Jumaat, 5 Jun 2009
0 comments

Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya dengan melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya. Maka kita sebagai hambaNya yang beriman, wajiblah bersyukur di atas anugerah tersebut.
Mencari rezeki untuk hidup adalah satu tuntutan atau kewajipan ke atas setiap manusia, bagi memenuhi keperluan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain, untuk diri sendiri dan orang yang dibawah tanggungjawabnya. Namun apa yang penting hendaklah rezeki yang di perolehi itu dari sumber yang halal, baik serta diberkati oleh Allah SWT.Oleh itu, dalam kita mencari rezeki samada sebagai seorang pekerja, peniaga, pengusaha dan sebagainya hendaklah mengamalkan sifat jujur dan amanah, tekun dan sabar dalam pekerjaan yang dilakukan.
Apatahlagi orang yang bekerja itu bukan hanya akan mendapat hasil dari usahanya, malah akan di beri ganjaran oleh Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa yang merasa penat kerana bekerja untuk mencari rezeki yang halal, nescaya terampun segala dosanya".(Riwayat Al-Imam Al-Sayuti)
Dalam menentukan makanan dan minuman kita itu halal, kita hendaklah memastikan tiga perkara :Pertama - makanan dan minuman kita hendaklah dari benda-benda yang dibenarkan oleh syariat Islam. Kedua - Disediakan mengikut cara yang dituntut oleh syariat Islam.Ketiga - Memastikan rezeki tersebut daripada sumber yang halal.Kita hendaklah sentiasa berwaspada dan memastikan apa yang kita makan dan minum dan apa yang kita berikan kepada isteri dan anak-anak kita adalah dari sumber yang halal.
Marilah kita renungkan sebuah hadis yang bermaksud :" Seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut-masai rambutnya dan kotor pakaiannya, menadah tangan ke langit sambil berdoa : " Ya Tuhanku!, Ya Tuhanku!, tatapi makan minumnya dari yang haram. Pakaiannya dari yang haram. Bagaimanakah hendak diterima doanya?."(Riwayat Muslim)Walaupun dia seorang musafir itu merupakan doa yang mustajab, yang tidak akan ditolak oleh Allah SW, namun akibat pemakanan dan perbelanjaan dari sumber yang haram seperti judi, perniagaan atau pelaburan berunsurkan riba' dan gharar, mencuri, menipu orang lain dan juga kerja-kerja yang bersangkutan dengan perkara yang dilarang agama, maka menyebabkan Allah SWT tidak menerima doanya.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad :" Sesungguhnya tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh dari sumber yang haram, sebaliknya nerakalah tempatnya yang lebih utama."Sahabatku yang dimuliakan Allah SWT,Allah SWT sebenarnya telah menetapkan garis panduan bagi umat Islam dalam memilih pemakanan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah SWT pastinya mempunyai hikmah dan kebaikan untuk umat manusia.Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl ayat 114 :" Oleh itu, makanlah daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal dan bersyukurlah akan nikmat Allah, Jika benar kamu menyambahNya semata-mata." Allah SWT memerintahkan kita bukan sahaja memakan makanan yang halal, tetapi makanan yang baik juga. Apa yang dimaksudkan dengan baik disini adalah makanan berkhasiat dan berzat untuk kesihatan.
Oleh itu Islam menggalakkan kita agar menjaga kesihatan dan Islam juga menganjurkan kita makan bukan sahaja yang halal, tetapi yang baik dan berkhasiat.Jesteru, seseorang muslim yang prihatin dan mengambil berat terhadap pemakanan perlu memastikan setiap makanan dan minuman kita adalah dari sumber yang halal dan baik serta disediakan mengikut cara yang ditetapkan syarak.Berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk memastikan bahawa makanan kita adalah halal. Antaranya adalah dengan memastikan bahawa makanan kita adalah halal.
Antaranya adalah dengan memastikan bahawa makanan tersebut bertanda halal yang sah dan diiktiraf oleh pihak berkuasa agama di Malaysia.Di samping itu juga, kita perlu membiasakan diri membaca kandungan barangan yang kita beli dan tarikh luput barang tersebut. Kita perlu tahu apa yang kita masukkan ke dalam perut kita, kerana makanan akan mempengaruhi kehidupan, perwatakan dan pemikiran kita. Bagi makanan yang sudahpun mempunyai logo halal dan yang sah dan diiktiraf, membaca kandungan makanan yang dibeli akan lebih menjadikan kita penggunan yang mempunyai kesedaran. Bukan setiap pengguna yang hanya tahu membeli sahaja. Jika kita ragu-ragu terhadap sesuatu makanan, samada ia halal atau tidak maka adalah lebih baik kita tidak memakannya. Inilah panduan Islam sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari :" Tinggalkan apa yang mencurigakan kamu kepada apa yang tidak mencurigakan kamu. "Sabdanya lagi :" Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itupun nyata (terang). Dan diantara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran yang tidak diketahui akannya oleh ramai manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, jatuhlah ia ke dalam perkara yang haram."Ingatlah, bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat buruk kepada dirinya seperti rezeki yang diperoleh tiada keberkatan didalamnya, hilang kepercayaaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doa-doanya, akan mendapat tempat yang hina disisi Allah SWT dan dimasukkan ke dalam api neraka.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :Dari Khaula Al-Ansariah ra, ia berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Bahawasanya orang yang mencampur-adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak."(Riwayat Al-Bukhari)(Al-Baqarah:168) " Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di muka bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu."

Read More »»

Rabu, 3 Jun 2009

Akibat Meringankan Solat

. Rabu, 3 Jun 2009
0 comments

Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, sesiapa yang menjaga solahnya maka Allah swt akan mengurniakan lima keistimewaan.
Pertama, akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya.
Kedua, akan dihindarkan daripada azab kubur.
Ketiga, dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
Keempat, akan melintasi titian sirat sepantas kilat, dan,
Kelima, akan memasukki syurga tanpa hisab.

Cukup hebat sekali kepada sesiapa yang dapat menjaga solahnya secara sempurna disisi Allah swt. Ganjarannya cukup lumayan, bukan setakat ganjaran di akhirat sahaja tetapi di dunia dan di alam kubur juga.TAPI sesiapa yang meringan-ringankan solah, Allah swt akan menyeksannya dengan lima belas seksaan. Astagfirullah. Awas kita!Yang mana akan terbahagi kepada beberapa bahagian. Lima seksaan di dunia ini, tiga seksaan ketika meniggal dunia, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan semasa dibangkitkan dari kubur.

Seksaan semasa di dunia ialah:
Pertama, dicabut keberkatan umurnya.
Kedua, dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
Ketiga, Allah swt tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya.
Keempat, doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima).
Kelima, dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.

Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah:
Pertama, dia akan mati dalam keadaan hina.
Kedua, dia akan mati dalam keadaan lapar, dan,
Ketiga, dia akan mati dalam keadaan dahaga, sehingga jika dia diberi minum air sebanyak lautan di dunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.
Seksaan yang akan menimpanya ketika di dalam kubur ialah:
Pertama, kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain.
Kedua, api akan dinyalakan di dalam kuburnya, dan dia akan dibalik-balikkan di atas bara api siang dan malam, dan,
Ketiga, seekor ular yang besar bernama Ashsyuja'ul-Aqra' akan dilepaskanke atasnya. Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi. Panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan. Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, "Aku Ashsyuja'ul-Aqra', Aku diperintah oleh Tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solah subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solah zohor hingga 'asr, kerana meninggalkan solah 'asr hingga maghrib, kerana meninggalkan solah maghrib hingga isyak, kerana meniggalkan solah isyak hingga subuh". Setiap kali ular itu memukulnya, dia akan terbenam ke dalam bumi sejauh 70 hasta. Dia akan diazab berterusan di dalam kubur sehingga hari kiamat.

Manakala seksaan yang menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat di padang mahsyar ialah:
Pertama, penghisabannya amat berat.
Kedua, dia dimurkai Allah swt, dan,
Ketiga, dia akan dimasukkan ke dalam neraka
Dalam satu riwayat yang lain disebut bahawa mereka yang melalaikan solah, pada hari kiamat akan datang dalam keadaan pada muka mereka tertulis tiga baris tulisan.
Pertama, wahai orang yang mensia-siakan hak Allah swt.
Kedua, wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan Allah swt, dan,
Ketiga, sebagaimana kamu di dunia mensia-siakan hak Allah swt, kini putuslah harapan kamu daripada rahmat Allah swt.

Gerun bila mendengar hadith ini dan oleh itu marilah sama-sama kita menghayati hadith ini dan beramal dengannya insyaallah. Dan berdoa agar Allah memelihara kita, memberikan kita kekuatan untuk menerima kita diantara mereka-mereka yang dikurniakan lima keistimewaan seperti yang disebutkan diatas.Kita sampai-sampaikan hadith ini kepada semua keluarga dan rakan-rakan kita supaya mereka juga dapat beramal melaluinya, insyaAllah.

Waallahua'alam.

Read More »»

Isnin, 1 Jun 2009

Ujian Itu Rahsia Allah s.w.t

. Isnin, 1 Jun 2009
0 comments

Bismillahirahmaniraheem..


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

SAHABAT..
selemah2 manusia ialah org yg takboleh mencari sahabat
dan org yg lebih lemah dari itu ialah org yg
mensia2kan sahabat yg talah dicari...Saidina Ali

sumber: iluvislam.com

Read More »»

Sabtu, 16 Mei 2009

Selamat Hari Guru

. Sabtu, 16 Mei 2009
0 comments

Jadilah seorang guru yang hadirnya di tunggu, hilangnya dirindu, ilmunya diburu, nasihatnya di seru, tingkahlakunya ditiru. Selamat hari guru buat guru-guru yang pernah mengajarku di SK Gelang Mas, SMU(A) Pasir Mas dan Institut Za'ba (1) juga buat kawan-kawan guru yang mengajar di Sipitang, Sabah. SELAMAT HARI GURU 2009 "Guru Pembina Negara Bangsa".

Read More »»

Isnin, 4 Mei 2009

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Sipitang Tahun 2009

. Isnin, 4 Mei 2009
0 comments

Sipitang, 04 Mei 2009 (Isnin) telah diadakan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah peringkat Daerah Sipitang bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang. SMK Padang Berampah telah menghantar seramai 9 orang peserta untuk mengikuti pertandingan nasyid sempena festival tersebut bagi kategori sekolah menengah. Keputusan rasmi SMK Padang Berampah mendapat tempat ke-3, manakala Nurhazizan Md. Saidi (4 Ikhlas) dinobatkan sebagai solo terbaik kategori sekolah menengah.

Pegawai SMKPB yang terlibat:

  1. Ustazah Noraini Hj Mohd Yusuf ( Jurulatih)
  2. Ustaz Khalil Illias (Guru Pengiring)

Read More »»

Sabtu, 25 April 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Padang Berampah 2009

. Sabtu, 25 April 2009
0 comments

Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ke-10 SMK Padang Berampah telah diadakan pada 23 April 2009 (Khamis) jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Kantin SMK Padang Berampah. Perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan ini telah disempurnakan oleh Pn. Hjh Maimunah Hj Suhaibul, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, JPNS.Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua lulusan.





Read More »»

Isnin, 13 April 2009

Program SEMAI SMK Padang Berampah

. Isnin, 13 April 2009
0 comments

SEMAI adalah ringkasan kepada sepuluh minit membaca asas ilmu. Program ini mula dilaksanakan pada 13 April 2009 khusus untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 (sesi petang).Melalu program ini pelajar diberi masa selama 10 minit untuk membaca artikel, surat khabar, majalah ilmu atau bahan-bahan bacaan, selepas itu beberapa orang pelajar dipilih untuk membuat huraian tentang bahan bacaan yang mereka telah baca.

Untuk permulaan, pihak sekolah telah mengedarkan dua artikel iaitu dalam B.I (Kelas ABC) dan BM (Kelas DEF) dan beberapa pelajar telah dipilih secara rawak untuk membuat huraian tentang bahan bacaan yang telah mereka baca. Antara pelajar yang terlibat ialah Nyra Nabyla Mat bidin, Alvivie Florens Alip, Akira Juni dan ramai lagi.

Tujuan program ini antaranya ialah memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Mudah-mudahan program ini berjalan lancar seperti yang dirancang dan mencapai matlamatnya.

Read More »»

Ahad, 5 April 2009

Mesyuarat MAK/ Mesyuarat Guru Dan Latihan Dalam Perkhidmatan

. Ahad, 5 April 2009
0 comments



Pada 04 April 2009 SMK padang Berampah telah mengadakan beberapa aktiviti. Antaranya Mesyuarat Majlis Anugerah Kecemerlangan, Mesyuarat Guru dan Seterusnya Latihan Dalam Perkhidmatan (Tajuk: Kajian Tindakan Oleh Tuan Budreh Hj Ahmad). Acara bermula jam 08.00am dan berakhir kira-kira jam 2.00pm.

Read More »»

Jumaat, 27 Mac 2009

Tahniah Kepada Pemenang MTQSS KPM Peringkat Daerah Sipitang

. Jumaat, 27 Mac 2009
0 comments



Pada 26 Mac 2009 telah diadakan Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM peringkat daerah Sipitang. SMK Padang Berampah pada kali ini telah menghantar 5 orang peserta, 2 orang peserta dalam acara tilawah Al-quran, 1 orang dalam acara hafazan dan 2 orang dalam acara syarahan agama. Dari 5 peserta yang mengikuti pertandingan 3 daripada mereka mendapat tempat pertama (johan) seterusnya akan mewakili daerah sipitang ke pertandingan MTQSS KPM peringkat Gabungan Beaufort. Mereka yang mendapat tempat pertama ialah Zaidi Haris (Tilawah Al-quran), Mohd Afifi Zainal dan Nyra Nabyla Matbidin (Syarahan Agama).Tahniah kepada yang berjaya, yang tak berjaya jangan bertupus asa...teruskan berusaha.

Read More »»

Rabu, 11 Mac 2009

Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan 2009

. Rabu, 11 Mac 2009
0 comments

Lulusan SPM yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menceburi profesion keguruan sebagai guru sekolah di Malaysia adalah dipelawa untuk mengikuti salah satu program yang tersebut di bawah:

1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC).
2. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP)
3. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ)
4. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

#Untuk maklumat lanjut layari :http://www.moe.gov.my/

Read More »»

Selasa, 10 Mac 2009

Keputusan SPM, STAM 2008

. Selasa, 10 Mac 2009
0 comments

Keputusan SPM, STAM 2008 12 Mac2009

KUALA LUMPUR 5 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada12 Mac ini.Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan hari ini berkata, calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing- masing bermula pukul 10pagi.“Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri,” katanya.Sementara itu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 akan diumumkan pada 10 Mac ini.Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula pukul 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM JARAK No. kad pengenalan dan hantar ke39003 atau laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my/ mulai pukul 12 tengah hari pada hari berkenaan.

Read More »»

Isnin, 9 Mac 2009

Aktiviti Kem Kepimpinan Pelajar 2009 SMK Padang Berampah

. Isnin, 9 Mac 2009
0 comments

Read More »»

Ahad, 8 Mac 2009

Aktiviti Kem Kepimpinan Pelajar 2009 SMK Padang Berampah

. Ahad, 8 Mac 2009
0 comments


Read More »»

Jumaat, 6 Mac 2009

Kem Kepimpinan Pelajar 2009

. Jumaat, 6 Mac 2009
0 comments


Kem Kepimpinan Pelajar 2009 SMK Padang Berampah pada tahun ini diadakan di Pusat Ko-Kurikulum, SK Merintaman bermula 06-08 Mac 2009. Program ini antaranya bertujuan menanam sikap bertanggung jawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama, bangsa, negara dan keluarga semasa menjalankan tugas masing-masing di sekolah. Diharapkan agar program ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan.


#Kita Mungkin Datang Melalui Kapal Yang Berbeza, Tetapi Kita Semua Sedang Berada Di Dalam Perahu Yang Sama....Marthin Luther King.

Read More »»

Rabu, 25 Februari 2009

Maulidur Rasul 1430H/2009M

. Rabu, 25 Februari 2009
0 comments

Pada 9 Mac 2009M bersamaan 12 Rabiul Awal 1430H merupakan tarikh ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang juga disebut sebagai Maulidur Rasul. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1430H/2009M adalah “Wahdah Pemangkin Khayru Ummah”.

Read More »»

Selasa, 24 Februari 2009

MSSD SIPITANG TAHUN 2009

. Selasa, 24 Februari 2009
0 comments

Mssd Daerah Sipitang Tahun 2009 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 24,25 dan 26.02.2009
Masa : 8.00am sehingga 5.00pm
Tempat : Padang SMK Pengiran Omar Sipitang.


#Buat atlit dan guru SMK Padang Berampah yang terlibat semoga berjaya...

Read More »»

Rabu, 11 Februari 2009

Perjumpaan Ko-Kurikulum ke-2 SMK Padang Berampah Tahun 2009

. Rabu, 11 Februari 2009
0 comments


Perjumpaan ko-kurikulum kali ke-2 tahun 2009 akan diadakan seperti berikut:


Tarikh : 12 Febuari 2009

Hari : Khamis

Masa : 6.30am-3.00pm


# Kehadiran semua guru dan pelajar adalah wajib


Read More »»

Isnin, 12 Januari 2009

Sukan Tara SMK Padang Berampah 2009

. Isnin, 12 Januari 2009
0 comments

Sukan Tara SMK Padang Berampah akan diadakan seperti ketetapan di bawah :

  • Hari : Rabu
  • Tarikh : 14 Januari 2009
  • Masa : 7.00am
  • Tempat : Padang Sabah Forest Industri (S.F.I)

# Pelajar dikehendaki berpakaian sukan yang lengkap.

Read More »»

Mesyuarat Agung Ko-Kurikulum SMKPB 2009

.
0 comments

Mesyuarat Agung Ko-Kurikulum SMK Padang Berampah akan diadakan seperti di bawah:

  • Hari : Selasa
  • Tarikh: 13 Januari 2009
  • Masa : 7.00am-3.00pm
  • Tempat: SMK Padang Berampah

# Pelajar dan guru dikehendaki hadir sebelum jam 6.30am untuk mengikuti perhimpunan bersama

Read More »»

Jumaat, 9 Januari 2009

Mesyuarat Kejohanan Olahraga Tahunan 2009

. Jumaat, 9 Januari 2009
0 comments

Perhatian kepada semua guru SMK Padang Berampah
Mesyuarat KOT akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

  • Hari : Sabtu
  • Tarikh : 10 Januari 2009
  • Masa : 08.00am
  • Tempat : Bilik Gerakan Bestari

#Kehadiran adalah WAJIB...Pakaian Formal/ Semi Formal

Read More »»