Anda Pelawat Ke:
Demi Masa
Waktu Solat
|
|
Label
- Doa (1)
- Iklan (1)
- Info (1)
- Keratan Akhbar (2)
- Pedoman (11)
- Penghargaan (2)
- Pengumuman (2)
- Pertandingan (1)
- Program Sekolah (7)
- Salam Ramadhan (1)
- Sejarah (1)
- Ucapan (1)
- Umum (1)
Arkib Blog
Berita Online
Cuaca
Rabu, 29 Julai 2009
Isnin, 20 Julai 2009
Peristiwa Isra' Dan Mikraj
Labels: SejarahSungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali.
Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam.
Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :
Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.
Sabtu, 11 Julai 2009
Zikir Pengubat Jiwa
Labels: PedomanHATI adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati bersih iman kekal di dalamnya. Iman tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Iman hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkan-lah hati selalu. Cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup ialah:
Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yangterbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati. www.familiazam.com
Ahad, 28 Jun 2009
Arahan hormat lagu Negaraku
Labels: Keratan AkhbarKUALA LUMPUR 27 Jun - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menempatkan pegawai-pegawainya pada majlis rasmi kerajaan bagi memastikan hadirin termasuk petugas media menghormati lagu Negaraku ketika dimainkan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu membolehkan mereka bertindak menghalang petugas media seperti jurugambar daripada berjalan-jalan sambil memetik kamera mereka.
Menurutnya, jika masih terdapat pihak yang ingkar selepas ini, para pegawai kementerian terlibat akan memastikan mereka meninggalkan majlis itu.
Jelas beliau, walaupun masyarakat dan petugas media telah diingatkan sebelum ini mengenai perkara tersebut, namun pihaknya mendapati masih ada segelintir daripada mereka tidak mematuhi serta menghormati lagu kebangsaan itu.
"Di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura, mereka tidak buat begitu, mereka menghormati lagu kebangsaan mereka," katanyaselepas menghadiri pelancaran logo serta lagu 1Malaysia dan program senam seni Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Sumber: Utusan Online
Fenomena Cuaca ... El Nino
Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang diperhatikan ini dipanggil El Nino. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya lembap dialami.
Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya. El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.
Maklumat lanjut Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa mengemaskini ramalan cuaca bermusim di dalam laman web di http://www.met.gov.my Jabatan boleh dihubungi di 03-79678000.
Sabtu, 27 Jun 2009
Tanda-Tanda Kebahagian Dan Keberuntungan
Labels: PedomanPertama: setiap ilmunya bertambah, bertambahlah tawadhu' dan kasih sayangnya.
Kedua: setiap amalnya bertambah, bertambahlah pula rasa takut dan berhati-hatinya.
Ketiga: setiap kali umurnya bertambah, berkuranglah ketamakan dan kerakusannya.
Keempat: setiap hartanya bertambah, bertambah pula kedermawan dan pengorbanannya.
Kelima: setiap kali kedudukannya bertambah, bertambah pula kedekatannya kepada sesama manusia, memenuhi keperluan mereka dan rendah hati terhadap manusia.
(Al Fawaid, Ibnu Qayyim AlJauziyah)
Selasa, 9 Jun 2009
Demi Mu Sebuah Persahabatan...
Labels: PedomanMemulakan usaha murni ke arah pengukuhan semula sebuah silaturrahim adalah tindakan yg terpuji..Apatah lagi jika ia merupakan hubungan suci yang diikat atas nama Allah… Kalau telah memulakan untuk kali pertama, mengapa tidak kali kedua? Andai telah masuk kali ketiga, tiada salahnya memulakan kali yg keempat…
Kesabaran adalah kemenangan…
Ada ketikanya kita perlu memulakan. Biarlah kita beralah apatah lagi demi sebuah perhubungan yang suci. Beralah bukan bererti kita salah atau kalah. Sebaliknya kita adalah org yang menang kerana berjaya menjernihkan keadaan.
Hadis Pilihan
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (H.Riwayat Al-Bukhari)
Profil

- Ustaz Ahmad Bakri
- Guru zaman demi zaman engkau membentuk penghidupan anak-anak yang terus-menerus mengharapkan engkau adalah segalanya.