Buku Pelawat

Ahad, 28 Disember 2008

AWAL MUHARAM 1430H

. Ahad, 28 Disember 2008
0 comments

Seperti pada tahun-tahun lepas, Pada tahun ini umat Islam seluruh dunia menyambut awal muharam 1430H yang juga disebut Maal Hijrah . Pada 28 Disember 2008 (Malam 1 Muharam) majlis menyambut Awal Muharam telah dijalankan mulai sebelum Maghrib (kira-kira pukul 7.00 petang). Doa akhir tahun dibaca beberapa minit sebelum waktu maghrib. Selepas Solat Maghrib bacaan Yasin dan doa khas menyambut Awal Muharam juga dibaca.

Read More »»

Selasa, 2 Disember 2008

Hari Raya Korban/ Aidil Adha

. Selasa, 2 Disember 2008
0 comments

Hari Raya Korban atau Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha (10 Zulhijah) sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Read More »»

Isnin, 1 Disember 2008

Banjir Oh Banjir....Bah Datang Lagi....

. Isnin, 1 Disember 2008
0 comments

Seperti kelaziman yang berlaku di negeri-negeri pantai timur amnya dan Kelantan khususnya, bulan 12 selalunya dikaitkan dengan musim banjir atau bah. Begitulah senario yang berlaku pada tahun ini(2008), banjir sudah mula melabuhkan sayapnya dibeberapa tempat terutamanya kawasan yang berhampiran dengan sungai golok. Senario ini dijangka akan berlarutan sehingga penghujung bulan 12.

*Ibubapa dinasihatkan agar menjaga keselamatan anak-anak dari bermain dengan air banjir. Malang selalunya tidak berbau.

Read More »»